Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke
dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun
dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah
tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang
bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT
nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap
kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan